- 19%

CINDERBELLA – MISS ELLE

Add to wishlistAdded to wishlistRemoved from wishlist 0
Shipping : FREE
Location: Kuala Lumpur
Conditions: New Products
Category:

Original price was: RM27.00.Current price is: RM21.90.

Tajuk: Cinderbella
Penulis: Miss elle
Caption: hati bukan untuk dimiliki..tapi untuk dicintai dan mencintai..
ISBN: 978-967-406-271-2

Harga Di Pasaran:
Semenanjung Malaysia RM27.00
Sabah/Sarawak RM30.00

Jumlah Muka Surat: 579

Hana Abella, merasakan kisah dirinya mirip seperti Cinderella apabila ibunya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak lelaki. Yalah, usai saja ibunya berkahwin, dia terus dapat dua orang abang tiri.
“Sah. Memang sah awak dah gila…” – BELLA
“Apa kau kata?! Aku gila?!” – SHAH

Kehadiran Shah dalam hidup Hana Abella membuatkan hidupnya huru-hara. Pantang berjumpa, mesti akan berkelahi. Tambahan pula apabila mereka tinggal sebumbung. Walaupun bergelar abang tiri kepada Bella, itu tidak bermakna pertelingkahan sesama mereka tamat. Ada saja yang tidak kena pada mata Shah.
Namun begitu, ia tidak menghalang untuk Bella daripada terus melupakan cinta pandang pertamanya. Perkenalan dengan Daris Eduardo membuatkan hatinya sentiasa berbunga-bunga. Tambahan apabila disunting oleh lelaki itu untuk menjadi suri hatinya walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah beberapa bulan sahaja.
“Jom kita kahwin?” – DARIUS
“Awak ingat senang ke nak kahwin? Semudah ABC macam tu?” – BELLA

Dalam hati berkobar-kobar mahu menerima lamaran Darius, Bella terlupa sesuatu. Terlupa akan restu seorang ibu. Sementelah, si ibu pula telah merancang untuk menyatukan Bella dengan Shah. Bella terpanar. Padanya, Shah hanyalah seorang abang dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan memerima Shah, namun apabila didesak, dia gundah. Dia serba salah dalam membuat pemilihan.

Memilih Darius, umpama cinta tanpa restu walaupun dia mahukan kebahagiaan dengan cinta hatinya. Memilih Shah, hubungan tanpa cinta tetapi dengan restu ibunya membuatkan hati Bella libang-libu. Perlukah dia berkorban? Siapakah yang menjadi pilihan hati Bella?

User Reviews

0.0 out of 5
0
0
0
0
0
Write a review

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Rekomen MY
Logo
Register New Account
Untuk pendaftaran pelajar Kolej Komuniti sila berhubung dengan pensyarah Modul Keusahawanan anda.
Shopping cart