- 29%

HATE OR LOVE YOU – ELIZA AB

Add to wishlistAdded to wishlistRemoved from wishlist 0
Shipping : FREE
Location: Kuala Lumpur
Conditions: New Products
Category:

RM20.00

Tajuk : Hate or Love
Penulis : Eliza AB
Caption : Demi Cinta Ku Rela Menanti
ISBN : 978-967-406-305-4
Harga Di Pasaran
Semenanjung Malaysia RM28
Sabah Sarawak RM31

Jumlah Muka Surat : 603

Nurin Natasya binti Nazaruddin, matlamatnya cuma satu. Mencari orang yang telah memusnahkan hidupnya selama ini. Dia diceraikan pada hari dia dinikahkan. Semua itu telah dirancang oleh Afiq Aiman dan Encik Amir Hakim. Mereka berdua begitu membencinya. Afiq Aiman sanggup menfitnah demi untuk menceraikannya.
Sekeping gambar yang diciptakan oleh Afiq Aiman menjadi punca serta penyebab dia diceraikan. Disebabkan gambar itu dia dihina, dicaci dan dianggap sebagai seorang pelacur. Dia juga hampir dirogol gara-gara fitnah tersebut.
Akibat dari fitnah itu juga, ayah dan ibu Nurin Natasya mengalami kemalangan. Sejak dari hari itu, Puan Noraishah membenci dan menyalahkan Nurin Natasya atas pemergian Encik Nazaruddin. Puan Noraishah turut sama menganggap Nurin Natasya pembawa malang. Hidup Nurin Natasya seperti anak yatim piatu.
Selama 5 tahun Nurin Natasya memendam perasaan terluka. Walaupun dia cuba untuk melupakan kesemua kisah silam itu namun dia tidak berdaya.
Pertemuannya dengan Farid Aiman mengembalikan semula memori hitam yang cuba dipadam. Pemuda itu saling tidak tumpah seperti Afiq Aiman. Walaupun pemuda itu berlagak tidak mengenalinya, berpura-pura serta berlakon, dia yakin yang Farid Aiman adalah Afiq Aiman. Lelaki yang telah memusnahkan hidupnya.
Dia perlu membuktikan yang Farid Aiman adalah Afiq Aiman. Maka dengan itu, dia mengupah Fauzan untuk menyiasat siapa sebenarnya Farid Aiman.
Bagi Farid Aiman, pertemuan dengan gadis bernama Nurin Natasya menghadirkan nada cinta yang sukar untuk dimengertikan. Entah kenapa hatinya diasak untuk mengenali Nurin Natasya. Demi untuk mengenali gadis itu, dia mengatur rancangan. Pertemuan seterusnya perlu ada.
Farid Aiman berasa gembira sebaik sahaja mengetahui bahawa Nurin Natasya adalah pereka yang akan mereka pakaian bagi majlis pertunangan serta perkahwinannya dengan Dahlia. Mudahlah untuk dia berjumpa dengan Nurin Natasya selepas ini. Acapkali dia memberi alasan semata-mata untuk berjumpa dengan Nurin Natasya.
Pertemuan demi pertemuan menghadirkan rasa cinta di hati Farid Aiman. Walaupun dia sedar yang dia bakal berkahwin dengan Dahlia, perasaannya terhadap Nurin Natasya sukar untuk dinafikan. Hanya kepada tuhan dia memohon petunjuk akan perasaannya itu.
Nurin Natasya yakin. Farid Aiman dan Afiq Aiman adalah orang yang sama. Dia perlu mencari bukti. Pertemuan secara tidak sengaja dengan Encik Amir Hakim dalam satu majlis amal yang dianjurkan oleh syarikat Zuhuri Holdings telah membuktikan segala-galanya. Farid Aiman adalah orang yang telah memusnahkan hidupnya 5 tahun yang lepas.
Setelah yakin yang Farid Aiman adalah Afiq Aiman, Nurin mengatur rancangan. Dia perlu membatalkan perkahwinan Farid Aiman dan Dahlia dengan apa cara sekali pun. Dengan cara itu, dia dapat membalas dendam terhadap Encik

User Reviews

0.0 out of 5
0
0
0
0
0
Write a review

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Rekomen MY
Logo
Register New Account
Untuk pendaftaran pelajar Kolej Komuniti sila berhubung dengan pensyarah Modul Keusahawanan anda.
Shopping cart