- 8%

KOMBO OMG : DIA TETAP SEMPURNA + IMAMKU LELAKI PENDOSA | Penulis: Anjell & Umie Nadzimah | Penerbit: Karyaseni

Add to wishlistAdded to wishlistRemoved from wishlist 0
Shipping : FREE
Location: Selangor
Conditions: New Products
Category:

Original price was: RM60.00.Current price is: RM55.00.

DIA TETAP SEMPURNA – ANJELL

Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya, Dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.

“After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” – ESKANDAR ARASYAH Ya… Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.

Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.

“Aku tak sempurna, Dara.” – ESKANDAR ARASYAH

“Nobody is perfect.” – DARA NAILUFAR

“Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima.” – ESKANDAR ARASYAH

“But you have everything.” – DARA NAILUFAR

====

IMAMKU LELAKI PENDOSA – UMIE NADZIMAH

Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?

Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?” – ANGGUN

“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.” – DEAN ILYAS Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?

“Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya… Awak ikhlas.” – DEAN ILYAS

2 NOVEL TERBARU DARI PENULIS YANG DINOBATKAN NOVELIS TERBAIK : UMIE NADZIMAH ( 2017 ) & ANJELL ( 2018 ) DI ANUGERAH BUKU NEGARA


User Reviews

0.0 out of 5
0
0
0
0
0
Write a review

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Rekomen MY
Logo
Register New Account
Untuk pendaftaran pelajar Kolej Komuniti sila berhubung dengan pensyarah Modul Keusahawanan anda.
Shopping cart