- 35%

SHAMIKAEL – ROSE ALEYNA

Add to wishlistAdded to wishlistRemoved from wishlist 0
Shipping : FREE
Location: Kuala Lumpur
Conditions: New Products
Category:

RM20.00

akhirnya Tajuk: Shamikael
Penulis: Rose aleyna
Caption: kau yang paling aku sayang / kau yang paling menyakiti
ISBN: 978-967-406-270-5

Harga Di Pasaran:
Semenanjung Malaysia RM31.00
Sabah/Sarawak RM34.00

Jumlah Muka Surat: 837

Tragedi buruk yang pernah berlaku di alam persekolahan telah meninggalkan kesan buruk dan trauma di dalam hati tiga sahabat iaitu Sha, Arshad, dan juga Ekin. Mereka terpisah jauh, membiarkan waktu menghapuskan segala kenangan duka.

SHA…
Di dalam setiap nafasnya ada nama Arshad walaupun ada kebencian yang wujud di tengah-tengahnya. Cintanya tidak pernah berakhir walaupun jarak dan masa telah memisahkan mereka. Kemaafan yang tertangguh menjadi pertaruhan.

MIKAEL…
Dia menjadi pendendam kerana pengalaman ngeri yang berlaku sepuluh tahun lepas. Dia menyaksikan sendiri penderitaan seorang isteri sampai ke akhir hayatnya. Tiada istilah kemaafan di dalam kamus hidupnya.

“Aku tak akan lupa setiap apa yang pernah dia buat pada arwah Kak Long. Biarpun dia adalah isteri kau, aku tetap akan meneruskan misi membalas dendam.” ~ MAYA
“Aku akan lakukannya, Maya. Dan kau tak perlu teruskan semua ini seorang diri sebab aku dah berjanji.” ~ MIKAEL

Kerana janjinya pada Maya, Mikael meneruskan misi membalas dendam.

“Apa lagi yang kau tak puas hati? Kau dah seksa hidup aku sampai macam ni sekali. Mula-mula kau rampas maruah aku. Tak cukup dengan itu, kau tinggalkan nyawa di dalam rahim aku. Lepas tu, kau biarkan aku terseksa dengan caci maki orang. Kau dah buat aku jauh dengan umi dan abah. Kau buat aku malu nak jumpa keluarga sendiri.” ~ SHA

“Aku tak akan pernah berpuas hati selagi tak dapat tengok kau merana seumur hidup di hadapan mata aku sendiri.” ~ MIKAEL

Kerana dendam Mikael, Sha terpaksa melalui liku hidup yang penuh dengan kebencian. Tidak cukup dengan itu, Sha juga dibenci oleh umi dan abahnya.

Cinta, dendam, dan kebencian, mungkinkah akan berakhir di dalam hati mereka?
Ataupun kebencian dan dendam itu berterusan menjadi bara yang membakar diri hingga ke?

User Reviews

0.0 out of 5
0
0
0
0
0
Write a review

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Rekomen MY
Logo
Register New Account
Untuk pendaftaran pelajar Kolej Komuniti sila berhubung dengan pensyarah Modul Keusahawanan anda.
Shopping cart